Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Sejarah Kampung Felda Kemahang 3 bermula dengan pokok mahang tercetusnya nama Felda Kemahang. Ketika dahulu sebelum tanah Felda Kemahang dibuka ianya adalah tanah hutan yang tebal yang penuh dengan pokok mahang.

Dengan disebabkan hutan pokok mahang yang tebal tercetuslah nama Felda Kemahang sehingga kini.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021


SEMINAR KEUSAHAWANAN STEP TO ONLINE BUSINESS

Aktiviti Terkini | 08, 15 & 22 Disember 2018

Seminar ini membantu para bakal usahawan untuk memulakan perniagaan dari rumah dan memasarkan ke pasaran yang lebih besar dan global...baca selanjutnya

PROGRAM KEUSAHAWANAN : KREATIF KRAF BUNGA TISU

Aktiviti Terkini | 17 November 2018

Tujuan aktiviti ini diadakan bagi mempromosikan hasil produk yang dihasilkan oleh usahawan hanya dengan menggunakan tisu kepada komuniti setempat. Selain itu juga, menarik komuniti untuk mempelajari perkara baru yang akan diajar oleh usahawan. Seterusnya, menarik minat komuniti untuk menjana pendapatan dengan hasil kraf. Dengan kaedah ini juga akan menarik minat para komuniti untuk menyertai program-program yang dianjurkan oleh Pusat Internet....baca selanjutnya

BENGKEL KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DAN PENGURUSAN PUSAT INTERNET 2018

Aktiviti Terkini | 25 - 26 Oktober 2018

Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kemahiran keusahawanan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan Pusat Internet kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap Pusat Internet....baca selanjutnya

PROGRAM KOMUNITI & ROADSHOW VIVO Y53 + FREE SIMPACK DIGI

Aktiviti Terkini | 05 Oktober 2018

Program ini dijalankan adalah untuk mempromosi dan menjual produk DIGI dan smartphone VIVO Y53 pada harga yang mampu milik kepada komuniti setempat....baca selanjutnya

TAUTAN KASIH BERSAMA ANAK YATIM DI RUMAH KEBAJIKAN ANAK YATIM DAN DHUAFA' AL-QAMARIAH

Aktiviti Terkini | 29 September 2018

Tujuan program ini dijalankan bagi meraikan anak-anak yatim di rumah kebajiakan, dengan mengadakan pelbagai aktiviti dan kuiz kepada mereka, bagi meningkatkan lagi semangat kerjasama antara mereka, dan memupuk minat mereka untuk berjaya dalam pelajaran dan kehidupan akan datang....baca selanjutnya

PROGRAM KDB FUN & LEARNING

Aktiviti Terkini | 22 September 2018

Program ini diadakan untuk memberi kesedaran kepada belia dan komuniti setempat mengenai keselamatan internet dan penggunaan internet secara berhemah dengan pendekatan belajar sambil bermain...baca selanjutnya

TREASURE HUNT DAN KDB TALK PROGRAM JEJAK SEJARAH

Aktiviti Terkini | 08 September 2018

Aktiviti ini merupakan salah satu inisiatif pihak Pusat Internet Tanah Merah bagi memberi peluang kepada para pelajar untuk mempelajari sejarah Malaysia sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia....baca selanjutnya

LATIHAN ASAS KESELAMATAN KEBAKARAN & PENGGUNAAN PEMADAM API DI PERKARANGAN PUSAT INTERNET KOK LANAS

Aktiviti Terkini | 05 Ogos 2018

Program ini dijalankan untuk menambahkan kemahiran dan pengetahuan cara penggunaan alat pemadam api dengan betul. Latihan asas ini sangat penting untuk pengetahuan petugas PI sekiranya berlaku sebarang kebaran yang berlaku di PI masing-masing. ...baca selanjutnya

BEAUTY EVENT BY MARY KAY

Aktiviti Terkini | 27 Julai 2018

Program ini merupakan salah satu inisiatif pihak Pi untuk mengajak para pengunjung khususnya golongan wanita untuk datang ke Pusat Internet...baca selanjutnya

SAMBUTAN HARI RAYA PUSAT INTERNET TANAH MERAH

Aktiviti Terkini | 07 Julai 2018

Program ini diadakan untuk staff pi di sekitar Tanah Merah beramah mesra pada majlis tersebut selain dapat beramah mesra dengan penduduk di sekitar PI Kuala Paku....baca selanjutnya

PROGRAM IMPAK KOMUNITI IKBN-JAHITAN BANTAL KANAK-KANAK

Aktiviti Terkini | 29 Jun 2018

Program jahitan bantal ini merupakan satu aktiviti khusus untuk golongan kanak-kanak dalam memberi pendedahan awal kepada mereka tentang membuat bantal sendiri....baca selanjutnya

BEAUTY EVENT BY MARY KAY

Aktiviti Terkini | 05 Mei 2018

Program ini merupakan salah satu inisiatif pihak PI1M untuk mengajak para pengunjung khususnya golongan wanita untuk datang ke PI1M. Selain itu program ini adalah bertujuan untuk mengajak wanita supya berkecimpung dalam bidang kecantikan dan menjadi usahawan serta mampu menambah pendapatan bulanan mereka....baca selanjutnya

CHEF CILIK TADIKA KEMAS

Aktiviti Terkini | 29 April 2018

Program ini dijalankan bagi memperkenalkan dan mempromosi perkhidmatan serta aktiviti yang dijalankan oleh pihak Pi1M secara umumnya kepada komuniti dan menjalinkan hubungan baik dengan penduduk setempat....baca selanjutnya

KELAS "DAILY MAKEUP TUTORIAL"

Aktiviti Terkini | 31 Mac 2018

Kelas ini bertujuan untuk berkongsi ilmu dalam solekan kepada usahawan yang bergiat dalam seni persolekan dan mencungkil bakat masing2 dengan melatih diri mengenal produk, barangan solek yang sesuai dengan jenis dan warna kulit...baca selanjutnya

HARI TERBUKA PI1M FELDA KEMAHANG 3

Aktiviti Terkini | 24 Mac 2018

Hari Terbuka ini bertujuan untuk mempromosikan aktiviti yang disediakan dan menambah penyertaan ahli PI1M dan menarik minat komuniti setempat menyertai aktiviti yang dijalan oleh pihak PI1M dan merapatkan lagi silaturahim antara pihak PI1M dan komuniti setempat....baca selanjutnya

PROGRAM KDB DAN KELAS EDITING VIDEO & GRAFIK DI PROGRAM JALINAN MESRA MEDIA BERSAMA SERANTA FELDA

Aktiviti Terkini | 03 Mac 2018

Program KDB dan Kelas Editing Video & Grafik di Program Jalinan Mesra Media Bersama Seranta Felda 2018 merupakan salah satu inisiatif pihak Pi1M untuk mengajak para belia untuk lebih menggunakan internet secara berhemah dan memberi tunjuk ajar tentang cara membuat edit video dan grafik....baca selanjutnya

PROGRAM KESIHATAN BERSAMA PDK

Aktiviti Terkini | 25 Februari 2018

Dengan adanya Program Kesihatan ini, setiap perserta yang terlibat iaitu terdiri tenaga pengajar di PDK, Orang kurang upaya, dan juga beberapa masyarakat setempat dapat menambah pengetahuan tentang penjagaan kesihatan diri terutama pada bahagian gigi. Program ini juga dapat mengeratkan silatulrahim dalam kalangan masyarakat....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI BERSAMA PUSAT DALAM KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 21 Januari 2018

Dengan adanya Program advokasi ini, setiap perserta yang terlibat iaitu terdiri tenaga pengajar di PDK, Orang kurang upaya, dan juga beberapa masyarakat setempat dapat melahirkan nilai-nilai murni seperti semangat hidup bermasyarakat, mengeratkan silatulrahim dan sebagainya....baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti